Seseorang
individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan antara satu
sama lain. Setiap individu mempunyai peranan terhadap masyarakat seperti
menjaga kepentingan individu-individu seperti jiran, orang kurang upaya (OKU)
dan warga emas.
Kejiranan
didefinisikan sebagai hubungan erat dikalangan masyarakat yang hidup
berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong dan berkerjasama dengan jiran
tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni
dan aman.Ia juga membantu negara dalam usaha membangun dan memajukan negara
kita. Peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal
berikut.
Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup
mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran
pada masa diperlukan. Jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan
kematian. Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atas sanak-saudara. Pengorbanan seumpama
ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang
terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin
kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah
amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik
sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap
daripada kita.
Kita juga haruslah mengamalkan amalan
bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang
erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta
anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan
dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan
yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan
hidup.
Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
Kita sepatutnya meluangkan masa untuk
berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat
hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau
menziarahinya. Hal ini kerana, peluang masa berbicara yang lebih panjang dan
suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami
suka dan duka jiran secara lebih dekat. Namun
demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita
itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang
negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan
pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian pendapat antara mereka.
Semangat kejiranan yang semakin pupus
merupakan satu perkara yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang
terlepas pandang terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini
dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa
kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat
kejiranan. Disini kita dapat bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas
individu, masyarakat dan negara.
Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang
mementingkan diri sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan
memburukkan lagi keadaan apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan
orang lain. Contohnya salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan
kenderaan dengan segera. Tanpa jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta
pertolongan dengan keadaan yang segera. Disini jelaslah bahawa semangat
kejiranan amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan.
Selain itu, ia juga
memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat
dimana akan wujudnya pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja
menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan
yang merugikan diri mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak
berfaedah itu ialah melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan dan lain-lain lagi.
Hal ini kerana
tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan tertentu
kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Selian itu mereka juga
menggunakkan istilah tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak
menghiraukan masalah gejala sosial yang kini kian merunsing. Selain itu,
masalah kecurian juga akan terus berlaku. Antara punca ialah tidak pihak yang
akan bertugas sebagai pemantau seperti yang dilakukan didalam progem rukun
tetangga.
Kesan yang terakhir
ialah kepada negara. Salah satu kesan terhadap negara ialah negara tidak akan
aman dan harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian
sesebuah negara akan membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia
negara amat penting untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara
bangsa yang berjaya. Ia juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong
untuk datang melawat serta melancong ke negara ini kerana keamanan yang
Malaysia perolehi.
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa
penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan
terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik
terlebih dahulu.Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda
masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.
Rujukan
1.Laman
Web (website )
* http://www.tanggungjab individu.com.my/TechStud/gat/morrisson.htm.
[2008,dec,29].
* http://www.
keistimewaankemudahanoku.com.my
* http://www. objektifrukunnegara.com.my
2. Buku
* Ismail
al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi (1992). Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur :
DBP
*
Buku tanggungjawab jiran tetangga.
*
Mejaga keharmonian masyarakt.
3.Surat Khabar
*
Berita harian ( tajuk: kegiatan kesenian dan kebudayaan oku)
*
Berita harian (tajuk : kemudahan akses di bangunan awam)
Kesimpulan
Pada dasarnya tanggungjawab dalam konteks
pergaulan manusia adalah suatu keberanian. Orang yang bertanggungjawab adalah
orang yang berani menanggung risiko atas segala hal yang telah dilakukan atau
diperbuat menjadi tanggungjawabnya. Ia jujur terhadap dirinya dan jujur
terhadap orang lain, adil, bijaksana,dan tidak pengecut. Dengan rasa
tanggungjawab, orang yang bersangkutan akan selalu berusaha memenuhi
kewajipannya melalui seluruh potensi dirinya. Orang yang bertanggungjawab
adalah orang yang mahu berkorban untuk kepentingan orang lain ataupun orang banyak.
Mens Black Titanium Wedding Bandits in St. Louis
ReplyDeleteOur wedding babyliss pro nano titanium straightener bandits in St. Louis are designed to titanium dioxide be the wedding ring of the same columbia titanium jacket name. The bandits titanium alloys are made in steel, chrome titanium mens rings and is made in