Monday, 22 February 2016

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

  Seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai peranan terhadap masyarakat seperti menjaga kepentingan individu-individu seperti jiran, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
    
  Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dikalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong dan berkerjasama dengan jiran tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman.Ia juga membantu negara dalam usaha membangun dan memajukan negara kita. Peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal berikut.
 
  Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atas sanak-saudara.  Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat. Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.
  Kita juga haruslah mengamalkan amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. 
Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.

  Kita sepatutnya meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Hal ini kerana, peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat. Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian pendapat antara mereka.
 
 Kita seharusnya mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan. Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.

  Semangat kejiranan yang semakin pupus merupakan satu perkara yang amat membimbangkan dewasa ini. Mungkin ada yang terlepas pandang terhadap kesan-kesan yang akan berlaku jika semangat ini dibiarkan terus lenyap dalam jiwa setiap ahli masyarakat. Terdapat beberapa kesan yang akan terjadi jika seluruh masyarakat tidak mengamalkan semangat kejiranan. Disini kita dapat bahagikan kepada tiga kesan iaitu kesan keatas individu, masyarakat dan negara.

   Semangat kejiranan yang semakin hilang akan melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri atau dengan kata lain individulisme. Ini akan memburukkan lagi keadaan apabila berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan orang lain. Contohnya salah seorang ahli keluarga sakit dan memerlukan kenderaan dengan segera. Tanpa jiran, siapa lagi yang kita mahu meminta pertolongan dengan keadaan yang segera. Disini jelaslah bahawa semangat kejiranan amat penting untuk terus dipupuk dan diamalkan.
  
  Selain itu, ia juga memberi impak yang secara langsung mahupun tidak langsung kepada masyarakat dimana akan wujudnya pelbagai gejala sosial. Dewasa ini, ramai remaja menghabiskan usia remaja mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang merugikan diri mereka sendiri. Antara perkara atau aktiviti yang tidak berfaedah itu ialah melepak, merempit, vandalism pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lain lagi.

   Hal ini kerana tiada pihak yang akan memantau kawasan perumahan atau kawasan-kawasan tertentu kerana masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Selian itu mereka juga menggunakkan istilah tidak menjaga tepi kain orang lain membuatkan mereka tidak menghiraukan masalah gejala sosial yang kini kian merunsing. Selain itu, masalah kecurian juga akan terus berlaku. Antara punca ialah tidak pihak yang akan bertugas sebagai pemantau seperti yang dilakukan didalam progem rukun tetangga.

     Kesan yang terakhir ialah kepada negara. Salah satu kesan terhadap negara ialah negara tidak akan aman dan harmoni kerana masyarakat lebih mementinghkn diri sendiri. Keharmonian sesebuah negara akan membantu sesebuah negara itu meningkat maju. Keharmonia negara amat penting untuk mengekalkan keamanan dan kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya. Ia juga akan menarik minat pelabur asing dan pelancong untuk datang melawat serta melancong ke negara ini kerana keamanan yang Malaysia perolehi. 

  Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.

Rujukan

 1.Laman Web (website )
*  http://www.tanggungjab individu.com.my/TechStud/gat/morrisson.htm. [2008,dec,29].
*  http://www. keistimewaankemudahanoku.com.my
*  http://www. objektifrukunnegara.com.my

2. Buku
* Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi (1992). Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur : DBP
*  Buku tanggungjawab jiran tetangga.
* Mejaga keharmonian masyarakt.

3.Surat Khabar
* Berita harian ( tajuk: kegiatan kesenian dan kebudayaan oku)
* Berita harian (tajuk : kemudahan akses di bangunan awam)


Kesimpulan

   Pada dasarnya tanggungjawab dalam konteks pergaulan manusia adalah suatu keberanian. Orang yang bertanggungjawab adalah orang yang berani menanggung risiko atas segala hal yang telah dilakukan atau diperbuat menjadi tanggungjawabnya. Ia jujur terhadap dirinya dan jujur terhadap orang lain, adil, bijaksana,dan tidak pengecut. Dengan rasa tanggungjawab, orang yang bersangkutan akan selalu berusaha memenuhi kewajipannya melalui seluruh potensi dirinya. Orang yang bertanggungjawab adalah orang yang mahu berkorban untuk kepentingan orang lain ataupun orang banyak.